Showing posts with label college. Show all posts
Showing posts with label college. Show all posts

Monday, 22 December 2014

Notis Makluman Rayuan Menghuni Kolej Kediaman Bagi Semester 2 Sesi 2014/2015


Para Pelajar Yang Budiman,

Disertakan adalah Notis dan Borang Rayuan Menghuni Kolej Kediaman. Sukacita dimaklumkan bahawa masih terdapat kekosongan sebanyak 102 bagi lelaki dan 41 bagi perempuan di Kolej Kediaman Perwira.

Sila muat turun, cetak dan kembalikan borang rayuan tersebut ke Pejabat Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar selewat-lewatnya pada 29 Disember 2014 jam 1.00 petang.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Notis sepert yang berikut:

Keputusan Temu Duga Menduduki Kolej Kediaman Perwira


Para penghuni yang budiman,

Dilampirkan adalah senarai calon jaya bagi permohonan untuk menduduki Kolej Kediaman Perwira bagi Semester II, Sesi 2014/2015.

Monday, 19 November 2012

Tazkirah Maal Hijrah & Perasmian Tadarus@Perwira



Pada 18 November 2012, telah berlangsung tazkirah sempena Maal Hijrah 1434H bertempat di Surau Kolej Kediaman Perwira. Dianjurkan oleh Biro Kerohanian & Etika Perwira, program ini telah menjemput Ustaz Mohd Rosdi bin Mat Zain untuk memberikan tazkirah Maal Hijrah yang bertajuk "1434H, Apa Kisahnya?".



Program berlangsung selepas solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Rosdi sendiri. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada penghuni Kolej Kediaman Perwira. Tazkirah ini bukan sahaja boleh didengari dari dalam surau, bahkan seluruh penghuni turut mendengarnya melalui sistem siar raya Kolej Kediaman Perwira.



Selepas tazkirah tamat, berlangsung pula Majlis Perasmian Tadarus@Perwira yang dirasmikan oleh Pengetua Perwira, Dr Afandi Ahmad. Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan tadarus dalam kalangan penghuni Perwira agar kerohanian penghuni sentiasa terjaga.




Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Tadarus@Perwira, boleh berhubung terus dengan Biro Kerohanian & Etika Perwira.



~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~











Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H



::Assalamualaikum w.b.t::

Kami dari pasukan pengurusan Perwira ingin mengucapkan salam Maal Hijrah 1434H kepada semua warga UTHM khusunya warga Kolej Kediaman Perwira.


Pada malam ini, akan diadakan bacaan doa akhir tahun & awal tahun di surau Perwira, bermula pada jam 6.30petang di surau Perwira, dan doa awal tahun akan diadakan selepas solat maghrib

Pada 18/11/2012 (Ahad), akan diadakan ceramah Maal Hijrah & Perasmian Tadarus Quran Perwira di surau Perwira,selepas solat maghrib

Jemput rakan dan sahabat bagi sama-sama mengimarahkan surau Perwira. InsyaAllah.

Wednesday, 14 November 2012

Lawatan Penanda Aras UTHM-IIUM



Pada 10 Oktober 2012 yang lalu, Kolej Kediaman Perwira, UTHM dengan kerjasama Mahallah Asiah, IIUM telah mengadakan satu program yang berkonsepkan Lawatan Penanda Aras bagi urusan pengurusan dan pentadbiran kolej kediaman. Seramai lebih kurang 40 orang peserta termasuk Pengetua, Staff, Felo dan Pembantu Felo telah menyertai lawatan penanda aras kali ini. Terdapat sesi lawatan sekitar Mahallah Asiah dan sesi perkongsian dua hala telah dijalankan.

Antara perkara yang dikongsikan bersama adalah aspek pengurusan pejabat, pengurusan asrama, program yang telah lepas dan program akan datang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Mahallah Asiah, saudari Nurul Saadah yang merupakan pelajar tahun empat, pembangunan fasiliti dalam Mahallah sangat penting berbanding program-program yang hanya merupakan perkara sampingan bagi organisasi MRC atau Mahallah Representative Council. Untuk pengetahuan pembaca, MRC adalah sebuah organisasi yang merupakan tulang belakang sesebuah Mahallah atau Kolej Kediaman.

Pada tahun 2012, penghuni Mahallah Asiah adalah seramai lebih kurang 1000 ke atas. Jumlah bilangan penghuni dalam Mahallah Asiah juga lebih kurang sama dengan jumlah penghuni Kolej Kediaman Perwira, tetapi Mahallah Asiah dihuni sepenuhnya oleh pelajar perempuan. Berikut merupakan gambar sekitar Mahallah Asiah, IIUM.








Monday, 12 November 2012

Selamat Bercuti



Kami dari pasukan pengurusan Kolej Kediaman Perwira ingin mengucapkan selamat bercuti dan semoga gembira di samping keluarga kepada pelajar beragama Hindu sempena perayaan Deepavali kali ini.

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~

Friday, 9 November 2012

Montaj Pengenalan JKK Perwira 2012/2013




Pengenalan Barisan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi 2012/2013.


Sunday, 4 November 2012

Mimpi Biar Sampai Ke Bintang



Pada 3 November 2012 yang lalu, telah berlangsung Majlis Makan Malam "Mimpi Biar Sampai Ke Bintang" anjuran Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Perwira. Program ini berlangsung di Dewan Seminar 2 Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang dihadiri oleh Pasukan Pengurusan Perwira, Mantan JKK dan ibu bapa.

Objektif program ini adalah untuk menghargai jasa mantan jawatankuasa pelajar (JKK) Kolej Kediaman Perwira Sesi 2011/2012 di samping watikah perlantikan JKK baru Perwira Sesi 2012/2013. Majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara Pasukan Pengurusan Perwira dengan ibu bapa. Pelancaran LEGASI Edisi 2, iaitu buletin rasmi Kolej Kediaman Perwira turut berlaku pada majlis tersebut.

Semoga, program-program seperti ini dapat meningkatkan produktiviti dalam memastikan Kolej Kediaman Perwira terus maju pada masa hadapan.

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~







Saturday, 13 October 2012

Pra Pelancaran 1M4U - MoHE Outreach Centre



Pada 13 Oktober 2012 telah berlangsung Program Pra-Pelancaran 1M4U - MoHE Outreach Centre yang dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Antara aktiviti yang diadakan sempena program itu ialah Program Gotong-Royong di sekitar Parit Raja.

Kolej Kediaman Perwira tidak ketinggalan menghantar peserta untuk program tersebut. Semoga, program ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan modal insan dalam kalangan penghuni Kolej Kediaman Perwira itu sendiri.

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~







Tuesday, 2 October 2012

Watikah Perlantikan Jawatankuasa Kolej Kediaman UTHM



Pada 1 Oktober 2012, telah berlangsung Majlis Watikah Perlantikan Jawatankuasa Kolej Kediaman UTHM yang bertempat di Dewan Jamuan 3, DTII. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM.

Majlis ini melibatkan jawatankuasa dari 6 kolej kediaman yang terdapat di UTHM iaitu Perwira, Tun Fatimah, Tun Dr Ismail, Tun Syed Nasir, Melewar/Kelisa dan Taman Universiti. Turut hadir adalah Dr Ahmad Rizal bin Madar, Pengerusi Majlis Pengetua Kolej-Kolej Kediaman UTHM.

Kolej Kediaman Perwira diwakili oleh Sdr Muhammad Muzakkir bin Mohd Nadzri, Pengerusi Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Perwira untuk menerima watikah perlantikan. Semoga semua JKK dapat bekerjasama dengan dalam memastikan kebajikan penghuni kolej terjaga.

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~




Monday, 10 September 2012

Minggu Haluan Siswa Sesi 2012/2013


Pada 2-9 September 2012, telah berlangsung Minggu Haluan Siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi pelajar ambilan Ijazah Sesi 2012/2013. Kolej Kediaman Perwira telah terlibat sebagai salah sebuah kolej kediaman yang menerima kemasukan penghuni baru bagi sesi ini. Lebih kurang 1000 orang penghuni telah mendaftar di Kolej Kediaman Perwira pada sesi kali ini.


Sesi pendaftaran di KKP telah diuruskan oleh pasukan pasukan pengurusan Perwira yang terdiri daripada Tuan Pengetua sendiri, felo, pembantu felo, staf, PRCC, SIP dan dibantu oleh beberapa orang pembantu MHS. Pelbagai aktiviti yang berlangsung pada hari pendaftaran. Antaranya ialah:

1) Siaraya pada sepanjang hari
2) Tempahan tshirt Perwira
3) Jualan barang keperluan asas dan makanan
4) Booth informasi
5) Perasmian Taman Arnab Perwira


Sepanjang seminggu program MHS ini berlangsung, pelbagai kaunter dibuka pada setiap malam untuk menjaga kebajikan penghuni KKP. Pasukan kebudayaan KKP juga telah mengharumkan nama Perwira dengan memperolehi Naib Johan pada Malam Warisan Bangsa sempena majlis penutup Minggu Haluan Siswa.



~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~