Kemudahan


Pelbagai kemudahan telah disediakan kepada penghuni bagi memperkukuh kecemerlangan akademik dan sahsiah penghuni sekaligus merealisasikan impian bagi menjadikan penghuni kolej mempunyai minda kelas pertama.

Berikut merupakan antara kemudahan yang disediakan:

1. Blok penginapan pelajar

Terdapat 12 unit blok penginapan pelajar yang disediakan dengan kelengkapan bilik tidur, ruang tamu, ruang sidai pakaian, meja belajar serta bilik air.

2. Perwira Archery Centre (PAC)

Bilik ini menyediakan aktiviti memanah di dalam bangunan dengan bayaran RM1 untuk 5 anak panah. 

3. Gelanggang Sukan

Terdapat tiga gelanggang sukan iaitu gelanggang A, gelanggang B dan gelanggang C. Gelanggang A dan B dikhususkan bagi penghuni siswa manakala Gelanggang C bagi penghuni siswi.

4. Gimnasium

Bilik gimnasium beroperasi pada setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan untuk penghuni siswa dan siswi.

5. Surau

Kemudahan surau disediakan kepada para penghuni Muslim untuk solat berjemaah dan menjalankan aktiviti tadarus bagi meneruskan polisi 1Penghuni 1Al-Quran.

6. Makmal Komputer

Makmal komputer yang terletak di Blok H ini beroperasi selama 24 jam pada setiap hari dan dilengkapi dengan kemudahan internet.

7. Student Centred Learning Hall (SCLH)

Terletak berhampiran makmal komputer, pusat yang mempunyai penyaman udara ini dilengkapi dengan meja belajar, papan putih, projektor dan skrin untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

8. Bilik Belajar Siswi 24 Jam

Ruangan khas bagi penghuni siswi ini dilengkapi dengan kemudahan meja belajar, bahan bacaan serta pusat percetakan.

9. Perkhidmatan Percetakan Layan Diri (Printing Station)

Dengan tujuan untuk memudahkan para penghuni mencetak sebarang nota dan tugasankemudahan perkhidmatan percetakan layan diri disediakan di Blok A dan Bilik Siswi 24 jam di Blok K.

10. Tempat Meletak Basikal

Bagi merealisasikan kolej berkarbon rendah, ruangan ini disediakan untuk memudahkan para penghuni meletak basikal masing-masing.

11. Taman Simbiosis

Tarikan utama di taman simbiosis ialah Fertigasi Cili. Selain itu, terdapat juga tanaman seperti jambu batu, terung, lemon, pokok belali gajah, limau purut dan lain-lain. Taman ini turut disediakan dengan pusat pembiakan arnab.

12. Mesin Air Osmosis Balikan (RO)

Mesin air osmosis balikan disediakan di Blok A dan Blok F untuk memudahkan para penghuni mendapat bekalan air yang bersih.

0 komen:

Post a Comment