Pada 30 September 2017, Biro Akademik Kolej Perwira telah menganjurkan program 'Perwira Survival Kits For New Students'. Seramai 45 orang penghuni baharu telah merebut peluang ini untuk sama-sama hadir dalam program yang dijalankan di Student Centered Learning Hall (SCLH) blok H, Kolej Perwira. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu tahun satu tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan semasa berada di universiti.
Antara pengisian program ini ialah perkongsian teknik pengurusan masa menggunakan Jam Belajar Pelajar (JBP) yang telah disampaikan oleh Dr Mohd Noor Bin Abdullah, Pengetua Kolej Perwira. Seterusnya pada slot kedua, perkongsian teknik penyediaan slaid pembentangan oleh En Muzakkir Bin Nadzri, Pembantu Felo Kolej Perwira dan diakhiri dengan slot penyediaan poster teknikal yang telah disampaikan oleh Dr Noor Dina Binti Md Amin, Felo Kolej Perwira.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang bersemangat serta memberikan kerjasama dalam program ini. Diharapkan program ini dapat memberi info yang berguna kepada para peserta untuk menjadi pelajar cemerlang, bukan sahaja akademik malah kemahiran insaniahnya.
0 komen:
Post a Comment