Pada 5 hingga 7 Oktober 2017 yang lalu, Kolej Perwira dengan kerjasama Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dengan Persatuan Kebajikan Pesakit-Pesakit Haemodalisis Darul Takwa, Batu Pahat telah menganjurkan Larian Ikrar Derma Organ (LIDO 2017). Seramai 628 orang peserta telah mengambil bahagian yang juga turut disertai oleh beberapa peserta antarabangsa menerusi laluan larian sejauh 7 kilometer di pesekitaran hijau kawasan kampung di Parit Raja. Tujuan utama larian ini adalah untuk membina kesedaran akan peri pentingnya kefahaman berkaitan dengan penderamaan organ. Menerusi larian ini juga, sejumlah RM 666 berjaya dikumpul menerusi para peserta larian dan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Pesakit-pesakit Hemodialisis Darul Takwa Batu Pahat.
Selain daripada acara utamanya, LIDO 2017 juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti sampingan seperti Bacaan Yassin dan Solat Hajat Derma Organ, Ceramah Kesedaran Derma Organ, Bicara Inspirasi Kasih bersama waris penerima dan penderma organ dan Pertandingan Mewarna Derma Organ.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang bersemangat serta memberikan kerjasama dalam program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang memberikan sokongan dalam pelbagai aspek termasuk penajaan sumber kewangan bagi menjayakan LIDO 2017. Turut menjadi harapan agar falsafah erti hidup ini adalah dengan memberi terus meresap ke dalam jiwa semua yang terlibat.
0 komen:
Post a Comment