Pada 29 September 2017, Biro Etika Kolej Perwira telah menganjurkan aktiviti Gerakan Subuh Berjemaah (GSB) dan Perwira Bertadarus Bil.1 di Surau Lestari, Kolej Perwira. Aktiviti ini memupuk kesedaran betapa pentingnya solat secara berjemaah serta dapat menanam semangat untuk membaca Al-quran dalam kalangan penghuni.
Antara aktiviti yang dilakukan pada Gerakan Subuh Berjemaah adalah qiamullail berjemaah, solat subuh berjemaah, tadarus dan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Dr Mohd Noor bin Abdullah selaku Pengetua Kolej Perwira. Antara initipati yang disampaikan oleh beliau adalah nikmat masa yang ada dalam kalangan penghuni. Kata beliau, masa yang paling banyak yang kita ada adalah sewaktu di alam universiti dan seharusnya digunakan untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.
Manakala pada sebelah petangnya pula iaitu Perwira Tadarus, tentatifnya adalah solat maghrib berjemaah, slot penerangan tajwid, tadarus bersama, tayangan video dan sedikit rumusan tadarus yang disampaikan oleh Encik Muzakkir bin Nadzri, Pembantu Felo Kolej Perwira berkenaan dengan perasaan syukur terhadap apa yang telah diberikan kepada kita.
Akhir kata, kedua - dua aktiviti yang dilakukan ini berjalan dengan lancar dan baik. Namun diharapkan aktiviti ini mendapat sambutan yang lebih baik dalam kalangan penghuni muslim Kolej Perwira pada bilangan yang akan datang.
Disediakan oleh: Syamimi binti Alias, Siti Nor Maria binti Mohamad Redzal
Kredit foto: Mohamad Akmal bin Zainodin
Kredit foto: Mohamad Akmal bin Zainodin
0 komen:
Post a Comment