Showing posts with label latest. Show all posts
Showing posts with label latest. Show all posts

Sunday, 3 June 2018

Kebajikan@Perwira: Sabil Perwira









Alhamdulillah, selesai program Sabil Perwira pada 29 Mei yang lalu. Sebanyak 200 bubur lambuk telah diedarkan kepada penghuni Perwira. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan sumbangan melalui tabung Sabil Al-Hikmah. Semoga peroleh kebaikan dariNya

#HanyaDiPerwira

Thursday, 31 May 2018

Etika@Perwira: Andai Ini Ramadhan Terakhir 2.0







Pada tanggal 27 Mei 2018 yang lalu telah berlangsungnya majlis ilmu penuh barakah, Andai Ini Ramadan Terakhir 2.0 dan Majlis Berbuka Puasa Kolej Perwira. Kami warga pengurusan Kolej Perwira mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penghuni yang hadir dan memudahcarakan majlis. Semoga ilmu yang disampaikan dapat menjadi bekalan untuk kita pada masa hadapan.

Tuesday, 29 May 2018

Akademik@Perwira: Bengkel Arduino







Biro Akademik Kolej Perwira telah mengadakan Bengkel Arduino pada 25 Mei 2018 (Jumaat), yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Ubaidah bin Shamsudin. Ringkasan aktiviti daripada bengkel ini ialah memberi pendedahan dan pengajaran tentang penggunaan arduino. SYABAS kepada mereka yang telah menyertai program ini. Semoga pengisian sepanjang bengkel ini dapat memberi nilai tambah dalam diri anda. Selamat Maju Jaya!
#HanyaDiPerwira

Tuesday, 15 May 2018

[ Salam Ramadhan Al-Mubarak ]



Mewakili warga pengurusan Kolej Perwira, kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik dan titik permulaan perubahan diri ke arah yang lebih baik.

Sunday, 6 May 2018

Lestari@Perwira: Perasmian Projek Wira Alam Kolej Perwira








Tahniah!
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Madya Dr Asri Bin Selamat, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTHM yang sudi hadir bagi merasmikan Projek Wira Alam Kolej Perwira.
Program yang berlangsung pada 5 Mei 2018 (Sabtu) dimulakan dengan Gotong-royong Ops Indah Perwira dan seterusnya Perasmian Projek Wira Alam Perwira.
Antara pengisian dalam program ini adalah penghargaan kepada semua Rakan Inspirasi Perwira yang merupakan tulang belakang utama yang membantu melancarkan dan menghidupkan suasana di kolej. Lawatan tapak oleh TNC HEPA dengan diiringi Prof Madya Dr Ahmad Rizal Bin Madar, Pengetua Kolej Kediaman Perwira ke tiga lokasi iaitu Projek Fertigasi Cili Perwira, Projek Bike Repair Station dan seterusnya Projek WRENOFIC Garden.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan projek ini. Semoga dengan usaha ini dapat menjadikan Kolej Kediaman sebagai Pusat Pembelajaran Kedua.

Monday, 30 April 2018

Etika@Perwira: Gerakan Subuh Berjemaah dan Perwira Bertadarus Bil.1










Pada 27 April 2018, Biro Etika Kolej Perwira telah menganjurkan aktiviti Gerakan Subuh Berjemaah (GSB) dan Perwira Bertadarus Bil. 1 di Surau Lestari, Kolej Perwira. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk kesedaran betapa pentingnya solat secara berjemaah serta dapat menanam semangat untuk membaca Al-quran dalam kalangan penghuni.
Antara aktiviti yang dilakukan pada Gerakan Subuh Berjemaah adalah qiamullail berjemaah, solat subuh berjemaah, dan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Shahrir bin Abdul Mutalib.
Manakala pada sebelah petangnya pula iaitu Perwira Tadarus, tentatifnya adalah solat maghrib berjemaah, slot penerangan tajwid, tadarus bersama dan sedikit rumusan tadarus yang disampaikan oleh Ustaz Lotfi bin Solihan.
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua Kolej Perwira, Prof Madya Dr Ahmad Rizal bin Madar kerana sudi meluangkan masa untuk hadir pada program ini. Tidak lupa kepada penghuni Kolej Perwira, jutaan terima kasih diucapkan dan diharapkan agar penghuni muslim Kolej Perwira akan hadir bersama-sama bagi sesi yang akan datang.

Monday, 23 April 2018

Etika@Perwira: Solat Hajat dan Yasinan Bil. 3








Pada 19 April yang lalu telah berlangsungnya program Solat Hajat dan Yasinan Bil. 3 semester 2 2017/2018. Terima kasih diucapkan kepada para penghuni yang hadir. Diharapkan para penghuni memperoleh manfaat daripada program ini dan terus kembali untuk hadir pada bilangan yang akan datang. Jumpa pada bilangan seterusnya!

Friday, 13 April 2018

Info@Perwira: Kem Permuafakatan & Khidmat Masyarakat Pemimpin Kolej Kediaman UTHM - UniMAP













Pada 5-7 April 2018 yang lalu, telah berlangsungnya program kem permuafakatan dan khidmat masyarakat pemimpin kolej kediaman di antara UTHM dan UniMAP. Program ini adalah merupakan program sulung yang diadakan antara UTHM dan UniMAP. Program ini menumpukan kepada perkongsian ilmu diantara kedua pihak kolej kediaman selain menjalinkan ukhwah yang baik antara pemimpin kolej kediaman serta masyarakat setempat. Mewakili warga kepimpinan kolej kediaman UTHM, Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak kepimpinan kolej kediaman UniMAP kerana sudi memilih kami sebagai tempat perkongsian ilmu. Semoga ukhwah yang terjalin sepanjang program ini berkekalan dan senantiasa erat. 
#HanyaDiPerwira

Saturday, 31 March 2018

Etika@Perwira: Solat Hajat dan Yasinan Bil. 2








Usai sudah program Solat Hajat dan Yasinan Bil. 2 semester 2 2017/2018. Terima kasih diucapkan kepada para penghuni yang hadir. Diharapkan para penghuni memperoleh manfaat daripada program ini dan terus kembali untuk hadir pada bilangan yang akan datang. Jumpa pada bilangan seterusnya!