Monday 5 March 2018

Etika@Perwira: Solat Hajat dan Yasinan Bil.1










Pada 1 Mac 2018 (Khamis), telah berlangsungnya Program Solat Hajat dan Yassin Bil. 1 semester 2 sesi 2017/2018 dan mengalu-alukan semua penghuni Kolej Perwira di jemput hadir. Program ini dianjurkan oleh Biro Etika dan diadakan di Surau Lestari. Ia bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara penghuni dengan penghuni yang lain dan seterusnya memberi kesedaran berkenaan kebaikan solat hajat dan bacaan Yassin.
Program ini dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh saudara Muhd Shahim bin Sidi. Seusai solat maghrib, ia diteruskan lagi dengan solat hajat dan dikuti oleh bacaan Yassin dan tahlil. Program ini selesai selepas mendirikan solat isyak secara berjemaah. Sebagai penutup, jamuan ringan dan slot pendaftaran kehadiran juga disediakan oleh Biro Etika dan Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP).
Secara keseluruhannya, Program ini telah dilaksanakan dengan begitu baik seperti yang dirancang. Program ini selesai pada pukul 9.00 malam dan diteruskan dengan slot Amanat Pengetua. Diharapkan program seumpama ini akan diadakan dengan lebih kerap dan mendapat sambutan yang lebih baik dalam kalangan penghuni muslim Kolej Perwira pada masa yang akan datang.
Rasulullah SAW bersabda:
‘Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.’ (Riwayat At-Tarmizi)
[ Disediakan oleh: Rakan Inspirasi Perwira (RIP) Biro Media ]

About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment