Tuesday, 6 March 2018

Akademik@Perwira: Amanat Pengetua












Pada 1 Mac 2018, Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) Kolej Perwira telah mengadakan program Amanat Pengetua bersama pengetua baharu Kolej Perwira iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal bin Madar. Program ini diadakan di Student Centered Learning Hall (SCLH) dan turut disertai oleh Majlis Felo Pembantu Felo (MFPF) Kolej Perwira. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara pengetua, MFPF, MKP serta para penghuni Kolej Perwira.
Program bermula pada pukul 9.30 malam. Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Gemilang Perwira serta diikuti dengan Lagu Gemilang UTHM. Program diteruskan dengan ucapan daripada pengetua baharu Kolej Perwira, Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal bin Madar. Pada awal perkongsian, Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal menyatakan bahawa kolej kediaman merupakan fasiliti penting kepada pelajar UTHM.
Selain itu, pengetua juga telah menekankan empat aspek yang boleh diamalkan oleh semua penghuni Kolej Perwira. Aspek yang pertama ialah aspek keselamatan. Para pelajar dinasihati agar menjaga keselamatan diri semasa memandu kenderaan di dalam ataupun di luar kolej bagi mengelakkan kemalangan. Keselamatan harta benda juga mestilah dititikberatkan supaya tidak berlakunya kes kecurian di dalam kolej. Pihak pengurusan kolej akan memastikan langkah-langah bagi keselamatan penghuni akan terus ditingkatkan. Aspek yang kedua ialah aspek kerohanian. Walaupun penghuni Kolej Perwira terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, aspek kepelbagaian bangsa tidak menghalang penghuni untuk hidup dalam keadaan harmoni. Pengetua juga menasihati supaya setiap penghuni menghormati antara satu sama lain agar keharmonian di kolej dapat dirasai oleh penghuni.
Aspek seterusnya adalah kemudahan dimana pengetua menegaskan bahawa kemudahan yang disediakan semakin baik dan para penghuni mestilah menghargai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kolej. Penghuni juga mestilah mengamalkan penjimatan pengunaan elektrik supaya tidak berlakunya pembaziran. Amalan penjimatan ini dapat mengurangkan kos elektrik yang ditanggung oleh pihak universiti seterusnya menyokong usaha kolej ke arah kolej lestari. Aspek terakhir yang dikongsikan oleh pengetua ialah kebajikan. Penghuni mestilah peka terhadap jadual bertugas felo dan pembantu felo bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku kecemasan semasa berada di dalam kolej.
Sebagai kesimpulan, kolej kediaman berfungsi sebagai pusat pembelajaran kedua. Kolej kediaman merupakan platform yang penting dan seharusnya para pelajar patut mengambil peluang ini dengan mempelajari dan membaiki potensi diri dengan kemahiran yang penting seperti kemahiran kepimpinan, insaniah diri dan kerjasama pasukan. Oleh itu, para penghuni digalakkan menyertai dan melibatkan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh MKP. Pengetua juga menyatakan bahawa para pelajar perlu mencari sebanyak mungkin pengalaman kerana pengalaman itulah yang akan mematangkan diri. Para pelajar juga mesti bijak dan berusaha mengimbangkan antara akhlak dan pelajaran secara holistik bagi membentuk identiti seorang pelajar yang cemerlang dan tinggi sahsiah diri.
Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pengetua. Program berjalan dengan lancar dan diharapkan program ini dapat membantu memupuk semangat dalam diri penghuni Kolej Perwira.
[ Disediakan oleh: Rakan Inspirasi Perwira (RIP) Biro Media ]

About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

1 komen:

  1. Casino Player Review: Unbiased Dr.D.C. Casino
    Detailed Casino Player review 천안 출장샵 including ratings, games, complaints, latest 김해 출장마사지 bonus codes, promotions 충청북도 출장마사지 and more. Rating: 서산 출장안마 4.4 · ‎Review by Dr. 보령 출장안마

    ReplyDelete