Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

Monday, 1 April 2013

Majlis Pelancaran Sambutan 10 Tahun Perwira



Pada 31 Mac 2013, telah berlangsung Majlis Pelancaran Sambutan 10 Tahun Perwira bertempat di Dataran Blok E. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Ir. Dr. Amir Hashim Bin Mohd Kassim, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM. Beberapa sub-program telah berlangsung iaitu:
  • Kejohanan Merentas Desa
  • Gotong-Royong
  • Jualan Amal Lahad Datu
  • Kempen 4S
  • Street Soccer & Indoor Games
  • Tanaman 10 Pokok@Perwira
  • Perasmian Galeri Perwira
  • Pelancaran Projek Inisiatif Perwira
Semoga dengan genapnya usia sedekad akan menjadikan Kolej Kediaman Perwira bukan sekadar sebuah kolej kediaman, tetapi sebuah taman ilmu.






































Monday, 19 November 2012

Tazkirah Maal Hijrah & Perasmian Tadarus@Perwira



Pada 18 November 2012, telah berlangsung tazkirah sempena Maal Hijrah 1434H bertempat di Surau Kolej Kediaman Perwira. Dianjurkan oleh Biro Kerohanian & Etika Perwira, program ini telah menjemput Ustaz Mohd Rosdi bin Mat Zain untuk memberikan tazkirah Maal Hijrah yang bertajuk "1434H, Apa Kisahnya?".



Program berlangsung selepas solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Rosdi sendiri. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada penghuni Kolej Kediaman Perwira. Tazkirah ini bukan sahaja boleh didengari dari dalam surau, bahkan seluruh penghuni turut mendengarnya melalui sistem siar raya Kolej Kediaman Perwira.



Selepas tazkirah tamat, berlangsung pula Majlis Perasmian Tadarus@Perwira yang dirasmikan oleh Pengetua Perwira, Dr Afandi Ahmad. Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan tadarus dalam kalangan penghuni Perwira agar kerohanian penghuni sentiasa terjaga.




Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Tadarus@Perwira, boleh berhubung terus dengan Biro Kerohanian & Etika Perwira.



~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~











Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H



::Assalamualaikum w.b.t::

Kami dari pasukan pengurusan Perwira ingin mengucapkan salam Maal Hijrah 1434H kepada semua warga UTHM khusunya warga Kolej Kediaman Perwira.


Pada malam ini, akan diadakan bacaan doa akhir tahun & awal tahun di surau Perwira, bermula pada jam 6.30petang di surau Perwira, dan doa awal tahun akan diadakan selepas solat maghrib

Pada 18/11/2012 (Ahad), akan diadakan ceramah Maal Hijrah & Perasmian Tadarus Quran Perwira di surau Perwira,selepas solat maghrib

Jemput rakan dan sahabat bagi sama-sama mengimarahkan surau Perwira. InsyaAllah.

Wednesday, 14 November 2012

Lawatan Penanda Aras UTHM-IIUM



Pada 10 Oktober 2012 yang lalu, Kolej Kediaman Perwira, UTHM dengan kerjasama Mahallah Asiah, IIUM telah mengadakan satu program yang berkonsepkan Lawatan Penanda Aras bagi urusan pengurusan dan pentadbiran kolej kediaman. Seramai lebih kurang 40 orang peserta termasuk Pengetua, Staff, Felo dan Pembantu Felo telah menyertai lawatan penanda aras kali ini. Terdapat sesi lawatan sekitar Mahallah Asiah dan sesi perkongsian dua hala telah dijalankan.

Antara perkara yang dikongsikan bersama adalah aspek pengurusan pejabat, pengurusan asrama, program yang telah lepas dan program akan datang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Mahallah Asiah, saudari Nurul Saadah yang merupakan pelajar tahun empat, pembangunan fasiliti dalam Mahallah sangat penting berbanding program-program yang hanya merupakan perkara sampingan bagi organisasi MRC atau Mahallah Representative Council. Untuk pengetahuan pembaca, MRC adalah sebuah organisasi yang merupakan tulang belakang sesebuah Mahallah atau Kolej Kediaman.

Pada tahun 2012, penghuni Mahallah Asiah adalah seramai lebih kurang 1000 ke atas. Jumlah bilangan penghuni dalam Mahallah Asiah juga lebih kurang sama dengan jumlah penghuni Kolej Kediaman Perwira, tetapi Mahallah Asiah dihuni sepenuhnya oleh pelajar perempuan. Berikut merupakan gambar sekitar Mahallah Asiah, IIUM.