Pada 21 April 2017, Majlis Kepimpinan Pelajar Perwira telah menganjurkan program Gerakan Subuh Berjemaah Bil 2 Semester II Sesi 2016/2017.
Program yang dimulakan pada pukul 5.00 pagi dengan Solat Hajat secara berjemaah. Setelah selesai, penghuni akan solat Fardhu Subuh. Kuliah Subuh juga telah disampaikan oleh Dr Mohd Noor bin Abdullah, Timbalan Pengetua Kolej Perwira.
Antara nasihat dan perkongsian disampaikan oleh beliau ialah, semua para penghuni mestilah berhati-hati dengan gejala rasuah apabila telah masuk ke alam pekerjaan kelak.
0 komen:
Post a Comment