Pada 13 Oktober 2015 yang lalu, Biro Kerohanian dan Etika (BKE) telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Muharram 1437H.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan tahlil dan diikuti dengan bacaan doa akhir tahun. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan doa awal tahun. Seterusnya, majlis disambung dengan kuliah Maghrib sempena Awal Muharram yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd. Aziz Bin Ahmad, wakil dari Pusat Islam UTHM. Majlis diakhiri dengan solat Isyak secara berjemaah.
0 komen:
Post a Comment