Kira-kira 130 orang penghuni Kolej Perwira telah mengikuti program gotong-royong membersihkan sekitar kawasan Taman Pintas Jaya pada 17 Oktober yang lalu anjuran Jawatankuasa Penduduk Taman Pintas Jaya.
Matlamat program ini adalah untuk membanteras denggi di samping mewujudkan semangat kerjasama dan mengeratkan ikatan silaturrahim antara penghuni kolej dengan ahli komuniti .
Program dimulakan dengan persamian oleh Profesor Madya Dr. Khalid bin Hasnan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Pintas Jaya. Program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong yang turut dibantu oleh wakil daripada Klinik Kesihatan Batu Pahat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Syarikat Air Johor (SAJ) dan SWCorp.
Terima kasih kepada semua penghuni Kolej Perwira yang sudi melapangkan masa untuk berbakti kepada komuniti.
0 komen:
Post a Comment