Bagi membantu para penghuni baharu di Perwira dalam mengurus masa dengan lebih berkesan, Survival Kit for New Students – Time Management dicetuskan dan telah berjaya dijalankan pada 22 September 2013. Seramai 23 orang penghuni baharu telah merebut peluang ini untuk sama-sama hadir dalam program yang dijalankan di Makmal Komputer Perwira.
Antara intipati dalam program ini ialah bagaimana membina jadual pengurusan diri berasakan jumlah kredit yang didaftarkan. Selain itu, mereka juga dimaklumkan bagaimana membuat tugasan dan memenangi hati pensyarah. Diharapkan program ini dapat memberi input berguna kepada peserta untuk menjadi pelajar cemerlang, bukan sahaja akademik malah kemahiran insaniahnya.
0 komen:
Post a Comment