Thursday 18 July 2013

FKEE dan Perwira Bawa Nama UTHM



Usaha bersama pelajar-pelajar FKEE menerusi kursus Kreativiti dan Inovasi di bawah seliaan Dr Afandi Ahmad menerusi projek "Produk Berasaskan Kain Rentang Terpakai" dan "Inisiatif Pusat Penyelidikan Arnab" di Kolej Kediaman Perwira telah berjaya mencuri perhatian dalam Konvensyen Kampus Lestari anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara rumusannya:
1. Produk berasaskan kain rentang yang seringkali menjadi bahan terbuang dan mencacatkan pandangan mata usai mana-mana program dimanfaatkan oleh kumpulan pelajar FKEE. Pelbagai produk menarik dihasilkan seperti payung, baju hujan dan beg dan tikar berkelah.

2. Pusat Penyelidikan Arnab yang diwujudkan di Perwira juga dilihat sebagai satu usaha baik menajamkan kemahiran penyelidikan dalam kalangan penghuni. Mereka dilatih berfikir di luar kotak menerusi cadangan inovasi kepada taman arnab misalnya sistem agihan makanan dan minuman arnab. Selain itu, kajian penggunaan najis arnab sebagai baja tanaman juga sedang diusahakan.

3. Poster Teknikal oleh Kolej Kediaman Perwira juga berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Pertandingan Poster Teknikal dengan hadiah RM 300 dan sijil.

Tahniah dan syabas diucapkan! 

Datin Paduka Dr Halimaton Saadiah Hashim tertarik dengan penerangan berkaitan payung kitar semula


Program UTHM menjadi tarikh menerusi penghasilan produk berasaskan kain rentang terpakai dan Pusat Penyelidikan Arnab

About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment