Sunday, 28 July 2013

Fellow/Assistant Duty Roster - August 2013



Friday, 19 July 2013

Mengangkasa Kolej Kediaman Perwira


Gagasan "Mengangkasa Kolej Kediaman Perwira" yang dicetuskan pada tahun 2011 merupakan satu aspirasi ke arah memartabatkan fungsi dan tanggungjawab Kolej Kediaman Perwira (KKP) sebagai pemangkin kecemerlangan pelajar. 
Dalam merealisasikan aspirasi ini, beberapa perkara asas perlu difahami oleh seluruh warga KKP:

1. Erti hidup adalah pada memberi - dalam melaksanakan tugas berikanlah khidmat terbaik, tanpa mengharapkan balasan. Semakin banyak kita memberi, semakin manis terasa nikmatNya.

2. Untuk berjaya, sematkan konsep "to learn and improve" - setiap hari letakkan sasaran untuk belajar dan memperbaiki. Apa sahaja program yang dianjurkan oleh KKP sertailah dengan niat untuk menimba ilmu.

3. Tugas pentadbir bukanlah memerintah KKP, tetapi mentadbir - memerintah dan mentadbir adalah sangat berbeza. Mentadbir adalah menerusi hati dan pengisian dalaman itu adalah yang lebih utama.

Kepada yang bakal menjadi sebahagian daripada warga KKP, selamat datang dan bersedialah untuk lebih memberi.

Seronok atau tidak di sini bukanlah kami yang tentukan, tetapi bagaimana kalian membawa diri dalam hidup bermasyarakat.  

Thursday, 18 July 2013

FKEE dan Perwira Bawa Nama UTHM


Usaha bersama pelajar-pelajar FKEE menerusi kursus Kreativiti dan Inovasi di bawah seliaan Dr Afandi Ahmad menerusi projek "Produk Berasaskan Kain Rentang Terpakai" dan "Inisiatif Pusat Penyelidikan Arnab" di Kolej Kediaman Perwira telah berjaya mencuri perhatian dalam Konvensyen Kampus Lestari anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara rumusannya:
1. Produk berasaskan kain rentang yang seringkali menjadi bahan terbuang dan mencacatkan pandangan mata usai mana-mana program dimanfaatkan oleh kumpulan pelajar FKEE. Pelbagai produk menarik dihasilkan seperti payung, baju hujan dan beg dan tikar berkelah.

2. Pusat Penyelidikan Arnab yang diwujudkan di Perwira juga dilihat sebagai satu usaha baik menajamkan kemahiran penyelidikan dalam kalangan penghuni. Mereka dilatih berfikir di luar kotak menerusi cadangan inovasi kepada taman arnab misalnya sistem agihan makanan dan minuman arnab. Selain itu, kajian penggunaan najis arnab sebagai baja tanaman juga sedang diusahakan.

3. Poster Teknikal oleh Kolej Kediaman Perwira juga berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Pertandingan Poster Teknikal dengan hadiah RM 300 dan sijil.

Tahniah dan syabas diucapkan! 

Datin Paduka Dr Halimaton Saadiah Hashim tertarik dengan penerangan berkaitan payung kitar semula


Program UTHM menjadi tarikh menerusi penghasilan produk berasaskan kain rentang terpakai dan Pusat Penyelidikan Arnab

Tuesday, 16 July 2013

Fellow/Assistant Duty Roster - July 2013



Sunday, 14 July 2013

Have Your Say...Its about Perwira Residential College


Dear All, 


Its me :-)

First of all, let me introduce myself, my name is Shobah A/P Jaganathan. I am a 3rd year student, Bachelors Degree in Technology Management (Production and Operation) with Honours in Faculty of Technology Management and Business, UTHM.

Its about Perwira Residential College

Saturday, 13 July 2013

Perwira Residential College - An Introductory


Perwira Residential College is one of the halls of residence in Universiti Tun Hussein Malaysia with the capacity to accommodate 2,123 students. This off- campus residence is located 2.2 kilometres from UTHM’s main campus in Parit Sempadan Laut. 

Welcome to Perwira Residential College 
Block M and N of PRC
The ideal convenient location of the residence surrounded by picturesque scenes makes it conducive to live, study and socialise.

Kolej Kediaman Perwira UTHM...Bukan Sekadar Sebuah Kolej Kediaman


Kolej Kediaman Perwira (KKP) merupakan salah sebuah Kolej Kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Terletak kira-kira 2.2 kilometer daripada Kampus Induk UTHM di Parit Sempadan Laut dengan kapasiti sejumlah 2,123 penghuni. Persekitaran sekitar KKP ini agak unik - berhampiran dengan kawasan kampung yang permai, kawasan kebun kelapa sawit yang redup menghijau, sebuah masjid yang mendamaikan serta taman perumahan - menjadikannya sedikit berbeza berbanding kolej-kolej kediaman lain. Ini juga selari dengan tag line KKP iaitu "Kolej Kediaman Perwira...Bukan Sekadar Sebuah Kolej Kediaman".  


Mengapakah dikatakan KKP bukan sekadar sebuah kolej kediaman? Lazimnya, penginapan di Universiti seringkali dianggap hanyalah sebagai lokasi siswa dan siswi untuk tidur dan berehat semata-mata!


Inilah keadaan yang cuba diubah oleh KKP, dengan menjadikannya sebagai "Sebuah Taman Ilmu" yang berperanan sebagai pemangkin kecemerlangan para pelajar UTHM. Sebuah Taman Ilmu mestilah berpaksikan:
1. kecintaan terhadap budaya ilmu;
2. keunggulan disiplin diri; dan
3. memahami bahawa "erti hidup adalah dengan memberi".


Friday, 12 July 2013

Bengkel Kajian Semula Pengurusan Kolej Kediaman Perwira





Pada 2 hingga 4 Julai 2013, pihak pengurusan Kolej Kediaman Perwira telah menganjurkan sebuah Bengkel Kajian Semula Pengurusan yang berlangsung di Fishing Bay Resort, Mersing Johor. Bengkel ini diadakan bagi memperbaiki kelemahan dan merancang semula perjalanan pasukan pengurusan Kolej Kediaman Perwira untuk masa akan datang. Bengkel ini melibatkan semua lapisan pasukan pengurusan Kolej Kediaman Perwira yang merangkumi pengetua, felo, pembantu felo, staf pentadbiran dan jawatankuasa pelajar. Semoga bengkel seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk meningkatkan mutu pengurusan dan dapat merapatkan lagi silaturrahim serta membentuk persefahaman dalam kalangan ahli di dalam organisasi.














Perwira di Hatiku…Sebuah Taman Ilmu

Thursday, 4 July 2013

Media Tour 2013




Pada 3 Julai 2013, Kolej Kediaman Perwira telah menganjurkan sebuah program Media Tour 2013 anjuran Biro Informasi dan Penerbitan. Program yang berasaskan lawatan sambil belajar ini dianjurkan di Stesen Media RTM dan Kilang Kumpulan Media Karangkraf.

Program yang disertai seramai 35 orang peserta ini diharap dapat memberi pengalaman dan ilmu kepada semua yang terlibat. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

"Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu"