Sunday 14 October 2012

Latihan Kebakaran




Pada 14 Oktober 2012, sekitar pukul 3.00 pagi, telah diadakan latihan kebakaran bagi Kolej Kediaman Perwira. Program ini melibatkan kerjasama Pasukan Pengurusan Perwira dengan kerjasama unit keselamatan UTHM dan  Bomba kawasan Batu Pahat. Latihan ini diadakan bertujuan untuk memantapkan pemahaman dalam kalangan penghuni tentang aspek-aspek keselamatan di Perwira.

Pelbagai ragam dan gaya dapat dilihat daripada penghuni yang terlibat. Ada yang sekadar berkain pelikat dan ada juga yang kelihatan sudah bersedia untuk latihan ini. Demo penggunaan alat pemadam api turut dilakukan dalam latihan ini yang tamat sekitar jam 4.15 pagi. Selepas tamat, pasukan Bertindak Kecemasan Perwira diberikan kesimpulan hasil daripada latihan kebakaran ini.

Semoga, dengan adanya latihan seperti ini dapat memastikan keselamatan penghuni Kolej Kediaman Perwira sentiasa terjamin. Tahniah kepada semua yang terlibat.

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~












About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment