Monday 15 October 2012

Program Jom Jalan / Let's Walk Perwira



Pada 13 Oktober 2012 bersamaan hari Sabtu, penghuni kolej kediaman Perwira telah menyertai Program Jom Jalan atau dikenali sebagai 'Let's Walk'. Program ini telah diadakan pada pukul 4.45 petang. Sebelum memulakan aktiviti ini, penghuni blok Perwira telah berkumpul di hadapan blok A dengan memakai pakaian sukan atau t-shirt Minggu Haluan Siswa. Program ini wajib disertai oleh semua ahli blok Perwira. Setelah pengetua kolej kediaman Perwira, Dr. Afandi Ahmad memberi taklimat ringkas tentang program yang akan dijalankan, para pelajar melakukan aktiviti memanaskan badan.


 Program yang menarik ini bertujuan untuk membolehkan penghuni Perwira beriadah di samping meneroka dan menikmati keindahan kawasan di sekeliling kolej. Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pengetua dengan pelajar, sesama pelajar dan menambahkan kenalan. Selain itu, pelbagai pemandangan indah dan kenangan bersama rakan-rakan juga boleh dirakam dan diukir bersama ketika menjalankan aktiviti ini. Syabas kepada setiap ahli Perwira yang terlibat dalam menjayakan program ini dan membuatkan objektif aktiviti ini tercapai.

Berikut ialah beberapa keping gambar yang telah diambil bersama agar dapat dijadikan kenangan. Semoga ikatan silaturrahim antara kita menjadi lebih erat.









About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment