Monday 1 October 2012

Program Khidmat Masyarakat: Kondangan II Mukim Seri Aman




Pada 28 hingga 30 September 2012 yang lalu, pasukan Kolej Kediaman Perwira telah menghantar 6 orang Ahli Jawatankuasa serta 20 orang peserta bersama 5 buah kolej kediaman yang lain serta beberapa wakil Pelajar Tanpa Asrama (PTA) untuk menyertai Program Khidmat Masyarakat: Kondangan II Mukim Seri Aman. Program ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam dan turut dihadiri oleh ADUN Kawasan Rengit, YB Hj Ayub bin Hj Jamil bagi merasmikan program ini. Dianjurkan oleh Majlis Pengetua Kolej-Kolej Kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, program ini telah berjalan sekitar kawasan Rengit yang merangkumi 5 buah kampung iaitu Kampung Parit Tengah, Kampung Parit Besar, Kampung Sungai Kluang, Kampung Parit Jambi dan Kampung Parit Bagan. Pelbagai aktiviti bersama orang kampung telah dijalankan seperti Program Anak Angkat, Gotong-Royong Perdana, Rewang Sekampung, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah, Program Motivasi Pelajar, Sukan Rakyat dan Forum Perdana. 

Sekitar hari pertama: 28 September 2012




Sekitar hari kedua: 29 September 2012




Sekitar hari ketiga: 30 September 2012





Untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan program ini, sila ke:

About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment