Pada 22-24 September 2012 yang lalu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan Karnival Aktiviti Pelajar yang bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII). Program ini disertai oleh kelab, persatuan dan kole kediaman yang bernaung di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM.
Kolej Kediaman tidak ketinggalan menyertai program ini bagi memperkenalkan jenama Kolej Kediaman Perwira dalam kalangan mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kolej Kediaman Perwira turut menghantar wakil bagi beberapa pertandingan sepanjang karnival ini berlangsung.
Alhamdulillah, Perwira telah memenangi beberapa pertandingan yang berlangsung. Tahniah!
- Johan Debat Bahasa Inggeris
- Johan Pertandingan Fotografi
- Naib Johan Pertandingan Memasak
Semoga Perwira terus maju jaya pada aktiviti-aktiviti akan datang di bawah pimpinan Pengetua Perwira, Dr Afandi Ahmad serta barisan pengurusan Perwira.
Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu.
0 komen:
Post a Comment