Pada 9 September yang lalu, telah berlangsung program Amanat Pengetua Perwira Dr Afandi Ahmad kepada semua penghuni Kolej Kediaman Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Program ini bukan sahaja melibatkan pelajar baru, tetapi turut melibatkan pelajar kanan yang terpilih untuk memegang status sebagai penghuni Perwira baru sesi kali ini. Ia juga secara tidak rasmi menandakan permulaan kuliah bagi semester 1 sesi 2012/2013.
Dalam amanatnya, tuan pengetua mengingatkan penghuni agar sentiasa mementingkan akademik, agama dan sahsiah diri. Dengan wujudnya jarak antara penghuni dan keluarga, sifat berdikari dan pengurusan masa yang berkesan sangat penting bagi memastikan penghuni bukan sahaja hebat dalam akademik, tetapi mantap dari segi sahsiah diri.
Diharapkan, amanat ini dapat menyuntik semangat penghuni untuk terus memacu ke arah mengangkasa Kolej Kediaman Perwira.
~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~
0 komen:
Post a Comment