Pada 26 April 2019 yang lalu, Biro Etika Kolej Perwira telahpun mengadakan Program Wanita itu Perwira bertempat di Dewan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar, Blok H. Program ini telah disertai oleh 26 orang peserta khususnya penghuni siswi. Bersempena dengan hari Jumaat, program ini memberi ruang kepada penghuni siswi untuk bertanyakan tentang kemusykilan mengenai wanita di zaman millenia ini. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada para peserta yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi program.
#HanyaDiPerwira
0 komen:
Post a Comment