Sunday 11 November 2018

Sukan@Perwira: SUPER




Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 27 Oktober 2018, Biro Sukan, Kolej Kediaman Perwira telah menganjurkan program SUPER bertemakan Sukan Perpaduan. Program ini dijalankan di Stadium, UTHM manakala, majlis penutup dan penyampaian hadiahnya pula dijalankan di Dewan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar, blok H, Kolej Perwira.

Program yang telah  berlangsung seawal jam 7 pagi, dengan acara balapan di stadium UTHM. Pada jam 9 pagi pula acara lain seperti bola jaring, bola tampar, futsal dan bola keranjang dijalankan secara serentak di gelanggang yang telah ditetapkan. Program ini telah  disertai seramai 146 peserta. Penyertaan adalah daripada  rumah sukan Aureolin, Azure, Harlequin dan Scarlet. 

Antara acara yang di pertandingkan adalah pertandingan memanah, pertandingan bola jaring, bola tampar, futsal dan bola keranjang, manakala bagi acara balapan pertandingan larian 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, 400 meter dan 4 x 400 meter.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah bagi para pemenang untuk program ini telah di jalankan di Dewan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar, blok H, Kolej Perwira pada 9.30 malam.  Secara keseluruhannya, rumah sukan Azure dinobatkan sebagai pemenang di atas pungutan mata tertinggi iaitu sebanyak 239 mata.

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta rumah sukan Azure. Bagi peserta-peserta daripada rumah sukan Scarlet, Harlequin Dan Aureolin jangan sedih dan putus asa kerana mungkin tahun depan juara milik anda, cuba lagi!

#HanyaDiPerwira

(Berikut merupakan gambar-gambar semasa program SUPER dan kedudukan rumah sukan terkini.)








About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment