Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM bersama Pusat-pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah HEPA telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar UTHM (AP 2015) pada 18 Mei 2016 yang lalu bagi memberi penganugerahan dan pengiktirafan di peringkat universiti
kepada para pelajar yang telah bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Sdri Nurhusna binti Nor Azman yang telah merangkul Anugerah Program Terbaik (Keusahawanan) bagi program Do It Yourself (DIY) 1.0 anjuran Biro Keusahawanan Kolej Perwira. Tahniah juga diucapkan kepada Sdr Muhammad Shafiq bin Nizar atas kejayaan sebagai penerima Anugerah Rakan HEPA dalam AP 2015.
"Kolej Kediaman Perwira 2016...Memperkukuh Kecemerlangan, Merealisasikan Impian"
0 komen:
Post a Comment