Bagi merealisasikan aspirasi kerajaan yang ingin melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja mahir dalam Bahasa Melayu dan Inggeris tetapi menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa global, Biro Akademik dan Intelektual (BAI) telah menganjurkan sebuah program yang dinamakan 'Perwira Language Class'.
Program yang terdiri daripada dua kelas iaitu kelas Bahasa Mandarin dan kelas Bahasa Perancis ini telah memulakan siri pertamanya pada 22 & 23 April 2016 yang lalu. Sesi seterusnya dijadualkan untuk berlangsung pada 30 April dan 7 Mei.
Terima kasih kepada semua penghuni yang telah menghadirkan diri dalam program ini. Sesungguhnya kelebihan menguasai lebih daripada satu bahasa merupakan salah satu tiket mudah ke alam pekerjaan.
"Kolej Kediaman Perwira 2016...Memperkukuh Kecemerlangan, Merealisasikan Impian"
*Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
0 komen:
Post a Comment