Kolej Perwira meneruskan lagi kelestarian Polisi 1Penghuni 1Sukan melalui penganjuran program ‘Health On Track’ pada 10 Oktober yang lalu.
Program yang turut diadakan bagi menyokong Hari Sukan Negara ini berobjektif untuk melahirkan penghuni yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah jasmani juga.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut termasuklah gotong-royong We Hate Dengue, Fit Station, Step Ahead dan Musical Limbo.
Selain itu, aktiviti derma darah juga diadakan dengan kolaborasi daripada Hospital Sultanah Nora Ismail. Seramai 114 orang penghuni telah berjaya mendermakan darah dengan kuantiti 350 hingga 450 ml setiap penghuni.

Terima kasih diucapkan kepada para penghuni yang telah hadir untuk menjayakan program tersebut.
0 komen:
Post a Comment