4 Julai 2015: Festival Bubur Lambuk secara keseluruhannya banyak memberi galakan kepada penghuni bagi mengembangkan potensi dalam menyertai pertandingan seperti Tulisan Khat, Nasyid (Lelaki & Perempuan), Kuiz, dan Kad Raya 1 Malaysia.
Antara aktiviti lain ialah rewang dalam menghasilkan bubur lambuk untuk diedarkan kepada penghuni dan penduduk sekitar.
Selain itu, penghuni juga menerima kunjungan daripada YBrs PM Dr Asri Bin Selamat, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA).
Semoga Festival Bubur Lambuk ini memberikan pelbagai impak positif kepada penghuni sepanjang Festival Bubur Lambuk yang telah dianjurkan.
0 komen:
Post a Comment