Wednesday 12 February 2014

Selamat Datang~




Warga pengurusan kolej mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar baharu kerana berjaya menyambung pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan SELAMAT DATANG diucapkan kepada pelajar baharu semester dua sesi 2013/2014 ke Kolej Kediaman Perwira (KKP)


Seramai 356 pelajar telah  mendaftarkan diri di KKP pada 11 Februari 2014 yang bertempat di dataran blok A. Kemasukan pelajar-pelajar baharu ini amatlah dialu-alukan dan diharapkan mereka dapat menyesuaikan diri berada di kolej dan  seterusnya berjaya menggenggam segulung ijazah pada akhir pengajian kelak.



Warga pengurusan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kepada semua petugas (PSRC, SIP), pembantu MHS, staf pentadbiran, felo, pembantu felo, pihak keselamatan serta  para ibu bapa dan keluarga yang membantu proses kemasukan para pelajar baharu ini. Semoga mereka menjadi "insan baru, yang cerdas mindanya, cergas fizikalnya dan santun pekertinya".




























































About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment