Monday 18 November 2013

Pelancaran 1 Penghuni Muslim 1 Al Quran & Modul Mahasiswa Holistik Edisi 01



Pada 16 November 2013, telah berlangsung program "Modul Mahasiswa Holistik Edisi 1" anjuran anjuran Majlis Tertinggi Kolej Kediaman Perwira. Program yang dijalankan ini  dikategorikan sebagai program pembangunan diri dan sahsiah pelajar  bagi melahirkan pelajar yang bersifat holistik bukan sahaja hebat aspek kognitifnya (pengetahuan akademik) malah turut trampil dalam aspek kemahiran insaniah (KI).
Melalui Edisi 1 ini, peserta didedahkan dengan pengisian wuduk dan solat berkualiti, solat jamak & qasar, solat jenazah,adab & aurat dan khidmat masyarakat di Masjid Riadus Solihin.

Turut dilancarkan Polisi1 1 Penghuni Muslim 1 Al Quran bagi memupuk budaya membaca dan mendalami Al Quran serta memperbaiki bacaan di mana  masih ramai dalam kalangan pelajar hari ini yang masih belum fasih dan lancar membaca Al-Quran.

Program yang diadakan di Masjid Riadus Solihin, Parit Sempadan Laut  ini dirasmikan oleh  YBhg Prof Ir Dr Amir Hashim Bin Mohd Kassim(Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UTHM dan turut memeriahkan majlis ialah ahli jawatankuasa masjid, penceramah dan fasilitator Pusat Islam UTHM dan hampir 120 orang peserta.





























About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment