Wednesday, 21 August 2013

Kemudahan yang disediakan di Kolej Kediaman Perwira



Etika Delta Sdn Bhd adalah sebuah syarikat di mana syarikat ini telah mengikat kontrak sebagai satu perkhidmatan bas bagi para pelajar khususnya yang mendiami Kolej Kediaman Perwira. Perkhidmatan bas ini adalah untuk memudahkan para pelajar berulang-alik dari hostel ke kampus. Kemudahan perkhidmatan bas yang disediakan di KKP juga bertujuan untuk memudahkan para pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke kampus serta ke kelas.

Terdapat 6 buah bas yang disediakan di KKP di mana ia mampu menampung seramai 40 orang pelajar bagi satu-satu masa tertentu. Waktu perjalanan bas dari hostel ke kampus bermula pada jam 7.10 pagi sehingga jam 11 malam dan setiap 10 minit akan ada bas yang masuk ke dalam kolej kediaman Perwira mengambil pelajar untuk ke kampus. Namun, waktu perjalanan bas pada hari minggu pula berbeza di mana sebuah bas akan mengambil masa setiap satu jam untuk memulakan perjalanannya. Oleh itu, tiada masalah bagi para pelajar untuk ke kelas dan ke kampus kerana bas akan berjalan tepat mengikut jadual yang telah disediakan pada setiap hari. 
        
      



          

About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment