Tuesday 18 December 2012

Panggilan Temuduga Permohonan Kolej Kediaman Perwira




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saudara/i,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 
        
Untuk makluman kepada semua pelajar kanan yang memohon untuk menghuni Kolej Kediaman Perwira bagi semester II sesi 2012/2013, satu sesi temubual bersama pengetua akan diadakan. Maklumat sesi temubual adalah seperti berikut :
Tarikh         : 20 Disember 2012 ( Khamis )
Masa           : 8.00 Malam Hingga Selesai
Tempat       : Bilik Gerakan Pelajar ( Blok E )

Sehubungan dengan itu, kepada semua  yang memohon saudara/i DIMESTIKAN  untuk hadir pada sesi temubual yang diadakan. 

Kegagalan untuk hadir pada sesi temubual membolehkan permohonan saudara/i DIBATALKAN. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau permasalah, saudara/i boleh sahaja berhubung menerusi talian 07-4532869 atau 017-7952297 En. Mohd Razali.

Sekian untuk makluman dan tindakan. 

"Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu"

About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment