Salam sejahtera kepada pembaca blog tegar sekalian.
Pada hari ini admin ingin berkongsi sedikit khabar tentang arnab di Kolej Kediaman Perwira (KKP). Menurut Encik Farid merangkap staff KKP yang telah memberikan sedikit taklimat berkenaan "Cara-cara Memelihara Arnab yang Betul" pada 14 Oktober yang lalu, arnab jantan dipanggil 'buck' dan arnab betina dipanggil 'dow'. Terdapat pelbagai informasi telah dikongsikan dalam taklimat tersebut seperti cara pemakanan yang betul, jenis dan baka arnab, cara rawatan dan cara mengenali jantina arnab. Menurut Encik Farid lagi, arnab yang matang boleh dikenalpasti dalam tempoh 6 bulan keatas manakala arnab yang bunting dapat dikenalpasti 14 hari selepas hari mengawan. Makanan yang disarankan untuk penjagaan pemakanan arnab yang betul ialah 'hay' dan 'pellet'. Untuk pengetahuan pembaca, arnab adalah haiwan yang cepat membesar. Tempoh jangka hayat arnab yang paling lama adalah lebih kurang 12 tahun.
Terkini, pada pukul 3 Petang bersamaan hari Selasa, 23 Oktober 2012, jumlah arnab di KKP ialah 16 ekor termasuk 6 ekor induk dan 10 ekor anak arnab. Berikut merupakan gambar terkini arnab di KKP:
0 komen:
Post a Comment