Pada 5 hingga 7 Oktober yang lalu, Biro Keusahawanan Perwira telah menjayakan Bengkel Gerak Kerja Projek Keusahawanan Sosial: Royal Creek Edu-Tourism di Kampungstay Laman Ejo, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Bengkel ini disertai oleh 34 orang peserta dan 5 orang staff termasuk Pengetua, Dr. Afandi Ahmad. Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk membentuk organisasi serta memberi pendedahan tentang gerak kerja bagi setiap unit dan kluster bagi Projek Keusahawanan Sosial: Royal Creek Edu-Tourism. Sebanyak 3 unit seperti Unit Penajaan, Unit Penjenamaan, Unit Penerbitan dan Publisiti serta 5 kluster seperti Kluster Homestay, Kluster Kem Latihan, Kluster Khidmat Masyarakat, Kluster Industri Kecil Sederhana (IKS) dan Kluster Yayasan Tunku Abdul Rahman telah dibentuk. Beberapa agenda telah dirancang bagi mempromosikan projek ini termasuk pembinaan blog Royal Creek Edu-Tourism dan Facebook Royal Creek Edu-Tourism. Projek ini juga telah mendapat dana tajaan Yayasan Tunku Abdul Rahman sebanyak RM15,000.
Berikut merupakan gambar sekitar Bengkel Gerak Kerja Projek Keusahawanan Sosial: Royal Creek Edu-Tourism.
FB: http://www.facebook.com/TheRoyalCreekEduTourism
Blog: http://www.theroyalcreek.blogspot.com/
0 komen:
Post a Comment