Selamat Datang Ke Kolej Kediaman Perwira


Tahniah kerana anda terpilih untuk mendaftar ke Kolej Kediaman Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Berikut merupakan beberapa bahan bantuan yang mungkin anda perlukan bagi melancarkan proses pendaftaran ke kolej kediaman.


Lokasi

Imbas kod QR menggunakan telefon pintar untuk buka peta melalui Google Maps.Kolej Kediaman Perwira
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim
Malaysia
Klik sini untuk buka peta di Google Maps
Koordinat: 1.861646,103.098654



Video Suasana Pendaftaran Sesi 2013/2014




Barang-barang yang dicadangkan dibawa

Pakaian (Wanita):

  • Baju: baju kurung, baju lengan panjang
  • Seluar: seluar sukan
  • Tudung (pastikan anda bawa tudung warna hitam)
  • Kasut Sukan, kasut ke kuliah, stokin, selipar

Pakaian (Lelaki):

  • Baju: baju kemeja, baju melayu, kemeja-T
  • Seluar: seluar slack, seluar sukan
  • Kasut sukan, kasut ke kuliah, stokin, selipar

Laundry:

  • Penyangkut baju
  • Sabun basuh baju, baldi
  • Tuala
Bilik:

  • Cadar, sarung bantal
  • Selimut, bantal
  • Penyapu, tong sampah kecil
  • Kunci Mangga
Lain-lain:

  • Alat tulis
  • Peralatan mandi
  • Peralatan ibadah
  • Ubat-ubatan peribadi
  • Storan USB
Para pelajar diingatkan supaya menjaga keselamatan barang-barang peribadi.


Barang-barang yang DILARANG dibawa

  • Periuk nasi
  • Rokok
  • Pemetik api
Pelajar tahun pertama tidak dibenarkan membawa kenderaan bermotor ke universiti dan kolej kediaman.

Panduan Berguna


Sila like page facebook Perwira bagi mendapatkan maklumat serta kemaskini kami.