Meneruskan acara tradisi setiap semester di Kolej Kediaman Perwira.
Sekali lagi, Jom Jalan bersama warga Kolej Kediaman Perwira telah dijalankan pada 7 Mac 2014 (Jumaat) bermula pada jam 5.00 petang. Kesibukan penghuni dengan pembelajaran di universiti menyebabkan mereka kurang menitikberatkan gaya hidup yang sihat. Tatkala pada hari minggu penghuni lebih cenderung menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer riba dan hanya duduk di dalam bilik daripada melakukan aktiviti yang sihat. Dengan ini, pengurusan Kolej Kediaman Perwira mengambil inisiatif mengadakan aktiviti Jom Jalan bagi membentuk penghuni yang memiliki minda yang cerdas dan fizikal yang cergas.
Kita Enjoy!!!
ReplyDeleteruginye tak dpt join..hrap ad lg aktv mcm ni next time ^_^
ReplyDelete