Saturday, 13 July 2013

Kolej Kediaman Perwira UTHM...Bukan Sekadar Sebuah Kolej Kediaman



Kolej Kediaman Perwira (KKP) merupakan salah sebuah Kolej Kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Terletak kira-kira 2.2 kilometer daripada Kampus Induk UTHM di Parit Sempadan Laut dengan kapasiti sejumlah 2,123 penghuni. Persekitaran sekitar KKP ini agak unik - berhampiran dengan kawasan kampung yang permai, kawasan kebun kelapa sawit yang redup menghijau, sebuah masjid yang mendamaikan serta taman perumahan - menjadikannya sedikit berbeza berbanding kolej-kolej kediaman lain. Ini juga selari dengan tag line KKP iaitu "Kolej Kediaman Perwira...Bukan Sekadar Sebuah Kolej Kediaman".  


Mengapakah dikatakan KKP bukan sekadar sebuah kolej kediaman? Lazimnya, penginapan di Universiti seringkali dianggap hanyalah sebagai lokasi siswa dan siswi untuk tidur dan berehat semata-mata!


Inilah keadaan yang cuba diubah oleh KKP, dengan menjadikannya sebagai "Sebuah Taman Ilmu" yang berperanan sebagai pemangkin kecemerlangan para pelajar UTHM. Sebuah Taman Ilmu mestilah berpaksikan:
1. kecintaan terhadap budaya ilmu;
2. keunggulan disiplin diri; dan
3. memahami bahawa "erti hidup adalah dengan memberi".


About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 komen:

Post a Comment