Sunday, 30 December 2012

Semoga Berjaya!




Mewakili Pasukan Pengurusan Perwira ingin mengucapkan selamat berjaya menghadapi Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2012/2013 kepada semua pelajar khususnya siswa/i Kolej Kediaman Perwira UTHM.

Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjawab peperiksaan. Pastikan anda membawa keperluan semasa peperiksaan seperti:
1) Alat Tulis
2) Slip Peperiksaan
3) Kad Matrik/Kad Pengenalan
4) Pakaian "Smart Casual" dan berkasut

Pastikan anda mengetahui dengan tepat lokasi dan masa peperiksaan anda untuk mengelakkan sebarang masalah. Untuk senarai lokasi bilik di UTHM, boleh rujuk di:

Panduan dan Lokasi Bilik Kuliah UTHM 2012

"Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu"

Saturday, 29 December 2012

Tahniah Puan Norlin!



Pasukan Pengurusan Perwira ingin mengucapkan tahniah kepada Pn Norlin Binti Bistaman, staf dan felo Kolej Kediaman Perwira atas perkahwinan yang dilangsungkan. Semoga perkahwinan ini akan meningkatkan lagi prestasi kerja beliau dan dapat terus mengangkasa Kolej Kediaman Perwira sebagai sebuah taman ilmu. Tahniah!

"Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu"

Thursday, 27 December 2012

Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Perwira UTHM



Kenali Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Wednesday, 26 December 2012

Tahniah Perwira!



Tahniah kepada Kolej Kediaman Perwira dan penghuninya yang berjaya mengangkasa Perwira sepanjang Disember ini.

Monday, 24 December 2012

Keputusan Pelajar Kanan Yang Berjaya Untuk Menghuni Kolej Kediaman Perwira Semester 2 Sesi 2012/2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.              

Untuk makluman, keputusan permohonan pelajar kanan yang berjaya boleh disemak di papan kenyataan Balai Ilmu Kolej Kediaman Perwira. Oleh yang demikian, semua pelajar kanan yang berjaya, anda dikehendaki untuk membuat pengesahan menghuni  dan menandatangani borang ’AKU JANJI’ di Pejabat Kolej Kediaman Perwira seperti ketetapan berikut :

Tarikh         : 24 Disember 2012 Hingga 28 Disember 2012
Masa          : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat       : Pejabat Kolej Kediaman Perwira

Sekiranya ada permasalahan yang timbul sila berhubung ditalian 07-4532869
Segala kerjasama dan jasa baik pihak tuan/puan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian untuk makluman dan tindakan. 

Wednesday, 19 December 2012

Gangguan Bekalan Elektrik



Sila ambil perhatian bahawa bekalan elektrik akan terganggu disebabkan “Henti Tugas Sistem Voltan Tinggi” oleh TNB dengan butiran berikut:

Tarikh : 20 Disember 2012 (Khamis)
Masa : 10 Pagi - 7 Petang
Kawasan Terlibat :
- Kolej Kediaman Perwira UTHM
- Kawasan Desa Siswa
- Taman Aked
- Taman Maju
- Taman Bintang
- Dan kawasan-kawasan berhampiran

Kafe Perwira akan ditutup sepanjang hari esok dan akan dibuka semula pada 21 Disember 2012 (Jumaat).

Sekian, untuk makluman.

Tuesday, 18 December 2012

Panggilan Temuduga Permohonan Kolej Kediaman Perwira



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saudara/i,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 
        
Untuk makluman kepada semua pelajar kanan yang memohon untuk menghuni Kolej Kediaman Perwira bagi semester II sesi 2012/2013, satu sesi temubual bersama pengetua akan diadakan. Maklumat sesi temubual adalah seperti berikut :
Tarikh         : 20 Disember 2012 ( Khamis )
Masa           : 8.00 Malam Hingga Selesai
Tempat       : Bilik Gerakan Pelajar ( Blok E )

Sehubungan dengan itu, kepada semua  yang memohon saudara/i DIMESTIKAN  untuk hadir pada sesi temubual yang diadakan. 

Kegagalan untuk hadir pada sesi temubual membolehkan permohonan saudara/i DIBATALKAN. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau permasalah, saudara/i boleh sahaja berhubung menerusi talian 07-4532869 atau 017-7952297 En. Mohd Razali.

Sekian untuk makluman dan tindakan. 

"Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu"

Friday, 7 December 2012

Permohonan Pelajar Kanan Menghuni Kolej Kediaman UTHM



Adalah dimaklumkan, permohonan bagi menghuni kolej kediaman UTHM bagi semester 2 sesi 2012/2013 akan dibuka bagi pelajar kanan UTHM. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh permohonan : 7 - 14 Disember 2012
Saringan permohonan : 17 - 21 Disember 2012
Keputusan permohonan dan tandatangan Aku Janji : 24 -28 Disember 2012

Cara permohonan adalah melalui sistem online di:
http://e1.uthm.edu.my/hep/eHapp

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~

Sunday, 2 December 2012

Akan Datang Di Perwira






Jadual Bertugas Felo/Pembantu - Disember 2012


Berikut merupakan Jadual Bertugas Felo bagi bulan Disember 2012. Sila rujuk jadual ini bagi isu yang berkaitan balik bermalam selepas jam 12, isu kesihatan mahupun lain-lain. Mohon hanya hubungi nombor yang tertera sekiranya terdapat kes kecemasan sahaja dalam tempoh selepas waktu bekerja. Terima kasih, semoga bermanfaat.