Monday, 26 November 2012

Jom Riadah!



Pada 25 November 2012, telah berlangsung satu lagi aktiviti Kolej Kediaman Perwira iaitu Jom Riadah! 2 aktiviti menarik telah diadakan iaitu permainan "Bola Tampar Manja" untuk wanita dan "Bola Sepak Kain Pelikat" untuk lelaki. Aktiviti ini bukan sahaja menarik minat penghuni tempatan, tetapi turut menarik minat penghuni antarabangsa.

Program yang bermula pada jam 5 petang dimulakan dengan sedikit renggangan dan taklimat ringkas. Peserta kemudian dibahagikan kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, aksi "kain pelikat" mereka dipamerkan di padang hadapan Kolej Kediaman Perwira. Pelbagai aksi lucu tatkala mereka cuba beraksi dengan kain pelikat tersarung di badan mereka.

Kaum wanita tidak kurang hebatnya. Dengan menggunakan kain batik, mereka bertanding untuk memiliha juara yang paling "manja" dalam merejam bola tampar. Jelas, aktiviti ini dapat meredakan sedikit tekanan minggu ujian ketika ini.

Diharapkan, lebih ramai lagi akan terlibat dalam program akan datang. Pelbagai program menarik telah dirangka oleh pasukan pengurusan Perwira untuk disertai oleh penghuni. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~








Sunday, 25 November 2012

We Hate Dengue Phase 3



Pada 25 November 2012, telah berlangsung program gotong-royong "We Hate Dengue Phase 3" anjuran Kolej Kediaman Perwira. Objektif program ini adalah untuk membersihkan kawasan-kawasan sekitar kolej agar sentiasa selamat dan bebas daripada penyakit terutamanya demam denggi.

Program yang bermula sekitar pukul 7.30 pagi dimulakan dengan senamrobik dan ucapan daripada Felo En Shamsul dan En Khairu. Peserta dibekalkan dengan sarapan pagi agar sentiasa bertenaga dalam menjalankan gotong-royong ini. Mereka dipantau oleh jawatankuasa kolej kediaman (PRCC) untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan seperti pembersihan bahagian luar pagar, dalam kolej dan taman botani. Pelbagai ragam dan aksi dapat dilihat sepanjang program ini yang tamat sekitar jam 10 pagi. Semoga aktiviti ini dapat memastikan kebersihan dan keselamatan Kolej Kediaman Perwira sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Tahniah!

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~






Monday, 19 November 2012

Tazkirah Maal Hijrah & Perasmian Tadarus@Perwira



Pada 18 November 2012, telah berlangsung tazkirah sempena Maal Hijrah 1434H bertempat di Surau Kolej Kediaman Perwira. Dianjurkan oleh Biro Kerohanian & Etika Perwira, program ini telah menjemput Ustaz Mohd Rosdi bin Mat Zain untuk memberikan tazkirah Maal Hijrah yang bertajuk "1434H, Apa Kisahnya?".



Program berlangsung selepas solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Rosdi sendiri. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada penghuni Kolej Kediaman Perwira. Tazkirah ini bukan sahaja boleh didengari dari dalam surau, bahkan seluruh penghuni turut mendengarnya melalui sistem siar raya Kolej Kediaman Perwira.



Selepas tazkirah tamat, berlangsung pula Majlis Perasmian Tadarus@Perwira yang dirasmikan oleh Pengetua Perwira, Dr Afandi Ahmad. Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan tadarus dalam kalangan penghuni Perwira agar kerohanian penghuni sentiasa terjaga.




Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Tadarus@Perwira, boleh berhubung terus dengan Biro Kerohanian & Etika Perwira.



~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~











Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H



::Assalamualaikum w.b.t::

Kami dari pasukan pengurusan Perwira ingin mengucapkan salam Maal Hijrah 1434H kepada semua warga UTHM khusunya warga Kolej Kediaman Perwira.


Pada malam ini, akan diadakan bacaan doa akhir tahun & awal tahun di surau Perwira, bermula pada jam 6.30petang di surau Perwira, dan doa awal tahun akan diadakan selepas solat maghrib

Pada 18/11/2012 (Ahad), akan diadakan ceramah Maal Hijrah & Perasmian Tadarus Quran Perwira di surau Perwira,selepas solat maghrib

Jemput rakan dan sahabat bagi sama-sama mengimarahkan surau Perwira. InsyaAllah.

Wednesday, 14 November 2012

Bacaan Doa Akhir & Awal Tahun 1434H


Pada Maghrib 29 Zulhijjah 1433H bersamaan 14 November 2012, telah berlangsung majlis bacaan doa akhir tahun Hijrah dan awal tahun Hijrah. Majlis yang bermula sekitar 6.30 petang mendapat kehadiran yang cukup baik.

Tema sambutan Maal Hijrah kali ini iaitu "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" jelas mementingkan kesatuan umat Islam di Perwira dan di Malaysia umumnya adalah sangat penting bagi memastikan umat Islam tidak dipandang rendah oleh pihak lain.

Semoga dengan kepimpinan Pengetua Perwira dan pasukan pengurusan yang lain, Kolej Kediaman Perwira dapat memastikan tema kali ini bukan sekadar omong-omong kosong.

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~

Lawatan Penanda Aras UTHM-IIUM



Pada 10 Oktober 2012 yang lalu, Kolej Kediaman Perwira, UTHM dengan kerjasama Mahallah Asiah, IIUM telah mengadakan satu program yang berkonsepkan Lawatan Penanda Aras bagi urusan pengurusan dan pentadbiran kolej kediaman. Seramai lebih kurang 40 orang peserta termasuk Pengetua, Staff, Felo dan Pembantu Felo telah menyertai lawatan penanda aras kali ini. Terdapat sesi lawatan sekitar Mahallah Asiah dan sesi perkongsian dua hala telah dijalankan.

Antara perkara yang dikongsikan bersama adalah aspek pengurusan pejabat, pengurusan asrama, program yang telah lepas dan program akan datang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Mahallah Asiah, saudari Nurul Saadah yang merupakan pelajar tahun empat, pembangunan fasiliti dalam Mahallah sangat penting berbanding program-program yang hanya merupakan perkara sampingan bagi organisasi MRC atau Mahallah Representative Council. Untuk pengetahuan pembaca, MRC adalah sebuah organisasi yang merupakan tulang belakang sesebuah Mahallah atau Kolej Kediaman.

Pada tahun 2012, penghuni Mahallah Asiah adalah seramai lebih kurang 1000 ke atas. Jumlah bilangan penghuni dalam Mahallah Asiah juga lebih kurang sama dengan jumlah penghuni Kolej Kediaman Perwira, tetapi Mahallah Asiah dihuni sepenuhnya oleh pelajar perempuan. Berikut merupakan gambar sekitar Mahallah Asiah, IIUM.








Monday, 12 November 2012

Selamat Bercuti



Kami dari pasukan pengurusan Kolej Kediaman Perwira ingin mengucapkan selamat bercuti dan semoga gembira di samping keluarga kepada pelajar beragama Hindu sempena perayaan Deepavali kali ini.

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~

Friday, 9 November 2012

Montaj Pengenalan JKK Perwira 2012/2013




Pengenalan Barisan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi 2012/2013.


Sunday, 4 November 2012

Mimpi Biar Sampai Ke Bintang



Pada 3 November 2012 yang lalu, telah berlangsung Majlis Makan Malam "Mimpi Biar Sampai Ke Bintang" anjuran Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Perwira. Program ini berlangsung di Dewan Seminar 2 Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang dihadiri oleh Pasukan Pengurusan Perwira, Mantan JKK dan ibu bapa.

Objektif program ini adalah untuk menghargai jasa mantan jawatankuasa pelajar (JKK) Kolej Kediaman Perwira Sesi 2011/2012 di samping watikah perlantikan JKK baru Perwira Sesi 2012/2013. Majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara Pasukan Pengurusan Perwira dengan ibu bapa. Pelancaran LEGASI Edisi 2, iaitu buletin rasmi Kolej Kediaman Perwira turut berlaku pada majlis tersebut.

Semoga, program-program seperti ini dapat meningkatkan produktiviti dalam memastikan Kolej Kediaman Perwira terus maju pada masa hadapan.

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~







Jadual Bertugas Felo / Pembantu Felo November 2012



Berikut merupakan jadual bertugas Felo dan Pembantu Felo bagi bulan November 2012. Harap Felo dan Pembantu Felo dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik dibantu oleh semua warga Kolej Kediaman Perwira sesi 2012/2013.

Friday, 2 November 2012

Majlis Perpisahan Pembantu Felo Ridzuan



Pada 1 November 2012, telah berlangsung majlis perpisahan pembantu felo Kolej Kediaman Perwira iaitu saudara Muhammad Ridzuan Bin Idris yang yang akan menamatkan tugasnya di sini. Beliau telah diterima menjadi pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu.

Beliau yang sebelum ini menjadi penasihat bagi Biro Akademik dan Intelektual merupakan seorang pembantu felo yang dihormati oleh penghuni kolej khususnya dalam kalangan Pasukan Pengurusan Perwira itu sendiri. Semoga beliau terus maju jaya di tempat baru.

~Perwira di Hatiku...Sebuah Taman Ilmu~